Thursday 27 October 2011

Antara penghuni reban afiqagrofarm

Antara penghuni reban afiqagrofarm..untuk tatapan sahaja..




Antara anak-anak di dalam reban asuhan 1 yg tak seberapa ni..Angsa pon ada kami ternak sebagai penjaga reban..ingat nk tambah lagi kuantiti angsa dimasa hadapan..



Antara penjantan yang terdapat di reban..



Anak dalam reban didik




Wednesday 26 October 2011

Gambar Penjantan untuk tontonan kepada saudara-saudara yg cntact sy nk tgk penjantan..

Disini sy uploadkan pembaka yg ada di Afiqagro Farm untuk memenuhi ruang blog..saja upload..gambar lain akan diupload'kan kemudian...internet slow ari ni..berjam tunggu nk upload pic 6 keping ni..

Ni la gambar penjantan yang disebutkan..

Berdiri dengan megahnya..yang ni nak jual harga kira RM250 sahaja. Mai tengok dulu kalau berkenan amik tak bekenan sy simpan..buat baka..


Untuk Tatapan...Belum tumbuh taji lagi..

Mencari makan di celahan pokok pisang



Posing Baik Punya..


Tuesday 25 October 2011

Salam Permulaan Kepada Otai2..Sy penternak baru ingin perkenalkan diri..


Salam perkenalan sy hulurkan kepada semua otai2 penternak ayam kampung..Izinkan saya perkenalkan diri sebagai penternak baru di dalam dunia ternakan..jika otai2 ada nk share ilmu ke apa2 yang patut saya berbesar hati mengalu-alukan otai2 semua.Nama samaran sy ialah Din yang bekerja di sektor pekilanagan sebagai jurutera kawalan sistem. Kerja saya buat program guna PLC yg simple2 blh la.hehehe....Sy dah berumahtangga dan sudah mempunyai seorang anak lelaki umur baru 10 bulan.


Saya memang berminat sangat dalam penternakan ayam kampung ni..sekarang ayam kampung saya ada la dalam 200 ekor. Baru nk mula katakan..sekarang ni buat part time je dulu bela ayam ni...Ingat lepas ni nak buat full time la pulak. Sebab dah tak boleh tahan keja makan gaji kat kilang ni..Dia punya pressure tu tinggi sangat la..Kadang2 tu sampai lewat malam baru la boleh balik..Balik rumah tgk anak pon dah tidor mmg tak ada masa la keja saya ni..Sekarang bela ayam pon orang tua saya yang tolong jagakan kat kampung,sy seminggu sekali ja balik tgk ayam, balik cuci2 reban.kalau saya kat kampung 2 hari cuti mmg ada kat reban ja la kisahkan ayam supaya keadaan ayam sy sentiasa dalam keadaan sihat. Reban sy bertempat di Kampung Budi, Pokok Sena, Kedah.


Planning ingat nk tambah lagi bilangan ayam kampung. Sekarang ni dok cari lagi ibu2 ayam untuk dijadikan baka reban.. Sekarang yang ada kat reban semuanya anak lg. So maknanya lambat lagi la nk tgu semua ayam tu bertelor. sebab tu nak cari ibu ayam untuk buat baka, sebab inkubator dah ada dah. Kepada otai2 ayam kampung yang sudi nk jual ibu2 ayam kat saya boleh la hubungi sy 0125399672 harga bagi la special sikit untuk sy mula berkecimpung dalam dunia penternakan ni ya. Tunjuk ajar dari otai2 sangat dialu-alukan.


Disini sy attach sikit gambar2 penghuni reban afiq agro farm.. Sebut pasal Afiq Agro farm ni sy nk explain la sikit nama afiq agro farm ni. Nama afiq agro farm ni di beri atas nama ank sy, Insyaallah atas rezeki anak ni Allah limpahkan rezeki yg halal untuk kami sekeluargakan..Amin..


Gambar penghuni reban  Afiqagro Farm....



Baka ayam sabung..


Yg ni pulak betina dara,tak sabar nak tunggu ayam ni bertelor..nak try mesin inkubator yg dah ada tu..



Ni gmbr ayam yg sama ngn yg atas tu cuma posing ja lain.




Semua ni satu batch..





  Ni semua satu batch..


yg ni pulak pelapis..anak2 umur dalm 2 bulan lebih  macam tu rasanya..












Haaa..yg ni pulak otai yg disimpan untuk pembaka..yg ni beli dekat brother kat perlis. Satu batch dengn dia ada lg 3 ekor jantan..gambar tak sempat ambil..

Otai2 reban 


ambil Yang ni ibu reban,
.
Serama pon ada gak kat afiqagro farm ni..tp tak banyak la..sekadar untuk suka2 sahaja..




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Muslimin yang dirahmati Allah, Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wassalam “Kata Siti Aisyah, wahai Mauwiyah ibn Abu Sufiyan, tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat yang keluar dari mulut Nabi Muhammad S.A.W” Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut “Carilah keredhaan Allah walaupun mendapat kemurkaan manusia kerana apabila kamu diredhai oleh Allah nescaya Allah memelihara kamu. Janganlah mencari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah nescaya Allah tidak bersama dengan kamu”. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)