Agak lama saya tak kemaskini blog afiqagrofarm ni bukan kerana apa tetapi terlalu sibuk dengan tuntutan kerja dan juga sibuk dengan afiqagrofarm. Kini afiqagrofarm sudah setapak melangkah kehadapan dan insyaallah akan terus melangkah dan terus menyusun langkah demi untuk memajukan lagi farm ini. Sekarang, penghuni afiqagrofarm semakin bertambah bukan sahaja ayam kampung asli, tetapi kini afiqagrofarm sudah menambah koleksi ternakan kepada puyuh putih, ayam polish polan, ayam mini cochin, ayam serama, ayam piru atau turki, itik telor dan juga puyuh mini. Afiqagrofarm semakin giat dalam pengeluaran anak puyuh putih kerana permintaan untuk puyuh putih sekarang menggalakkan dari penternak di luar sana.
Afiqagrofarm juga sudah mencapai matlamatnya sebelum ini untuk memiliki inkubator automatik yang diimport dari Negara China. Dulu, afiqagrofarm cuma menggunakan inkubator manual sahaja yang mampu memuatkan 70 biji telor ayam sahaja dalam satu masa, tetapi dengan adanya inkubator automatik ini, kini afiqagrofarm dapat memasukan 1056 biji telor ayam kampung atau 3000 ribu biji telor puyuh malah kerja-kerja untuk pengalihan telor tidak lagi perlu di lakuakn dan ini dapatlah mengurangkan sedikit kerja di farm ini. Di bawah saya sertakan gambar inkubator yang terdapat di afiqagrofarm yang sarat dengan telor.
Antara telor yang terdapat dalam inkubator tu adalah seperti telor ayam kampung, puyuh putih, ayam mini cochin, ayam serama, telor itik dan juga angsa. Afiqagrofarm juga mengambil upah eram telor dari penternak-perternak lain yang meminta pertolongan.