Thursday, 12 April 2012

Anak Ayam Kampung

Salam,,

Dah lama tak kemaskini blog tapi bila dah dapat kemaskini sekali, macam-macam pula hendak ditulis. Sekarang nak bercerita tengtang ayam kampung pula. Hari demi hari, kini ayam kampung di afiqagrofarm kian bertambah. Ada juga anak ayam yang ditetas dijual kepada rakan-rakan ternak yang memerlukan. Agak banyak juga anak ayam kampung yang telah terjual. Ada rakan ternak dari Bangi, Putrajaya, Muar, Batu pahat, Guar cempedak, Yan dan lain-lain tempat yang membeli anak ayam kampung dari afiqagrofarm dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Ramai juga pelanggan-pelanggan kami yang berkunjung ke farm kami ni dan mengatakan ayam kami ni semuanya besar-besar dan sesuai dijadikan baka. Oleh sebab itulah meraka membeli kerana berpuas hati dengan baka yang ada. Boleh dikatakan setiap minggu anak ayam kampung di farm terjual dan ada kalanya kami tak sempat untuk menghasilkan anak ayam kerana permintaan bagi anak ayam kampung ni memang memberangsangkan. Oleh itu, ia memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus mengorak langkah demi menghasilkan anak ayam kampung yang berkualiti dengan lebih banyak. Insyaallah dengan izin Allah.

.
Jika ada diantara pembaca yang ingin mendapatkan bekalan anak ayam, itik, puyuh bolehla berkunjung ke farm kami sendiri dan boleh juga menghubungi kami. Dulu, menternak ayam ni hanya sekadar hobi, tetapi sekarang dengan menternak juga dapat menambahkan pendapatan keluarga. Aifqagrofarm juga bercadang untuk memperbesarkan reban sedia ada dan bercadang untuk membuka pets shop dalam masa terdekat. Jika ada pembaca yang hendak memberikan cadangan tempat yang sesuai untuk pets shop sangat-sangat dialukan.

Disini kami akan sertakan gambar-gambar ayam kampung kami untuk santapan rakan ternak yang lain.


Induk dalam sarang
Anak umur 1-7 hari + anak puyuh
Anak umur seminggu kebawah
Anak umur seminggu kebawah
Ni penjantan,,Garang
Anak umur 1 bulan
Anak umur 1 bulan
Anak umur 1 bulan
Anak umur 1 bulan
Anak seminggu
Anak umur 1-7 hari
Ayam dara makan petang
Ayam Balik reban
Ayam Balik reban
Ayam Balik reban
Bermain sekitar reban

Wednesday, 11 April 2012

Ayam Piru...Turki

Salam..

Sekarang banyak juga baka-baka unggas dibawa masuk ke afiqagrofarm untuk dijadikan baka. Kini, ayam piru pula dibawa masuk. Kami juga ada menjual ayam piru untuk dijadikan hidangan ataupun untuk di ternak. Kepasa sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehla hubungi kami. Harga sekilo hanya RM20 sahaja.

Disertakan gambar ayam piru:


Anak Itik Telor

Salam semua,,,

Selain dari anak puyuh putih, kini afiqagrofarm juga ada menjual dan membekalkan anak itik telor kepada penternak-penternak yang ingin mendapatkan bekalan anak itik telor. Kami dapat mengeluarkan anak itik telor pada kuantiti 700 ++ ekor pada suatu masa. Harga anak itik telor kami adalah seperti berikut:


  1. Anak umur 1 minggu kebawah: RM3.00 untuk 100 ekor kebawah.
  2. Anak umur 1 minggu kebawah RM2.90 untuk 200 ekor.
  3. Anak umur 1 minggu kebawah rm2.80 untuk 300 ekor ++.  
Kami pasti anak itik yang dikeluarkan dari inkubator kami berkualiti. Anda boleh datang ke farm kami sendiri dan boleh memilih yang mana anda suka yang penting puas hati. Lagi 5 hari anak itik telor dijangka akan menetas sebanyak 280 ekor. Jadi kepada sesiapa yang nak bolehlah hubungi kami untuk berbincang,

Disertakan gambar anak itik telor yang comel-comel. 







Anak Puyuh Putih

Salam semua,

Kini afiqagrrofarm buka jualan anak puyuh putih. Kepada penternak yang ingin mendapatkan anak puyuh putih, afiqagrofarm sedia membekal pada kuantiti sikit atau pon banyak.
Senarai harga anak puyuh putih mengikut umur:


  1. Umur 2-7 hari: RM1.00 per ekor
  2. Umur 8-14 hari: RM2.00 per ekor
  3. Umur 3 minggu: RM3.00 per ekor.
Harga akan berkurangan mengikut kuantiti yang dikehendaki. Jadi hubungi kami di 0125399672 untuk mendapatkan bekalan anak puyuh putih. Disini kami sertakan gambar anak puyuh putih dan juga induk puyuh tersebut.


Anak Puyuh Putih Umur melebihi 7 hari
Induk Puyuh Putih



Lagi gambar Induk




Anak umur bawah satu minggu....



Anak umur 2 minggu

Mesin Inkubator Automatik

Salam semua.

Agak lama saya tak kemaskini blog afiqagrofarm ni bukan kerana apa tetapi terlalu sibuk dengan tuntutan kerja dan juga sibuk dengan afiqagrofarm. Kini afiqagrofarm sudah setapak melangkah kehadapan dan insyaallah akan terus melangkah dan terus menyusun langkah demi untuk memajukan lagi farm ini. Sekarang, penghuni afiqagrofarm semakin bertambah bukan sahaja ayam kampung asli, tetapi kini afiqagrofarm sudah menambah koleksi ternakan kepada puyuh putih, ayam polish polan, ayam mini cochin, ayam serama, ayam piru atau turki, itik telor dan juga puyuh mini. Afiqagrofarm semakin giat dalam pengeluaran anak puyuh putih kerana permintaan untuk puyuh putih sekarang menggalakkan dari penternak di luar sana.

Afiqagrofarm juga sudah mencapai matlamatnya sebelum ini untuk memiliki inkubator automatik yang diimport dari Negara China. Dulu, afiqagrofarm cuma menggunakan inkubator manual sahaja yang mampu memuatkan 70 biji telor ayam sahaja dalam satu masa, tetapi dengan adanya inkubator automatik ini, kini afiqagrofarm dapat memasukan 1056 biji telor ayam kampung atau 3000 ribu biji telor puyuh malah kerja-kerja untuk pengalihan telor tidak lagi perlu di lakuakn dan ini dapatlah mengurangkan sedikit kerja di farm ini. Di bawah saya sertakan gambar inkubator yang terdapat di afiqagrofarm yang sarat dengan telor.





Antara telor yang terdapat dalam inkubator tu adalah seperti telor ayam kampung, puyuh putih, ayam mini cochin, ayam serama, telor itik dan juga angsa. Afiqagrofarm juga mengambil upah eram telor dari penternak-perternak lain yang meminta pertolongan.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Muslimin yang dirahmati Allah, Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wassalam “Kata Siti Aisyah, wahai Mauwiyah ibn Abu Sufiyan, tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat yang keluar dari mulut Nabi Muhammad S.A.W” Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut “Carilah keredhaan Allah walaupun mendapat kemurkaan manusia kerana apabila kamu diredhai oleh Allah nescaya Allah memelihara kamu. Janganlah mencari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah nescaya Allah tidak bersama dengan kamu”. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)