Wednesday, 18 July 2012

Ayam Mutiara Lavender

Salam...

Selain ayam kampung, ayam mini cochin, ayam polish, ayam serama, ayam piru, afiqagrofarm juga ada menternak ayam mutiara lavender.. Difahamkan, ayam mutiara ni banyak khasiat dan harga ayam mutiara ni memang mahal selain mempunyai warna yang cantik dan sangat agrasif. Baru-baru ini, afiqagrofarm sudah menjual ayam mutiara lavender berumur antara 3 bulan sebanyak 6 ekor kepada saudara penternak dari penaga penang. Jual murah-murah ja..Sepasang RM90. Kepada sesiapa yang masih meminati ayam mutiara lavender untuk dijadikan binatang ternakan, bolehla hubungi afiqagrofarm di 0125399672. Penghantaran boleh diuruskan kepada pembeli didalam dan diluar kawasan negeri kedah. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami sementara stok masih ada. Insyaallah. 

Antara gambar ayam mutiara lavender untuk tatapan...






Baka Baru di Afiqagrofarm

Salam kepada rakan ternak..

Beberapa hari yang lepas afiqagrofarm ada membeli baka baru burung merpati jenis show king.. Alhamdulillah hajat dihati untuk memiliki merpati sudah tercapai. Insyaallah jika diizinkan, afiqagrofarm akan menambah koleksi burung merpati lagi..Selain burung merpati, afiqagrofarm juga menambah baka ayam piru aka ayam belanda untuk dijadikan induk..Harap2 baka-baka baru ni dapat membiak dengan sihat dan dapat menghasilkan telor yang banyak pada masa akan datang, Insyaallah. 



Gambar induk baru dibeli di upload kan untuk tatapan.. Hanya merpati sempat snap photo.. Ayam piru Insyaalah dalam masa terdekat akan di upload ke sini untuk tatapan semua.








Harap-harap merpati ni cepat la membiak..













Sunday, 20 May 2012

Anak Ayam Mini Cochin

Salam semua,,
Afiqagrofarm ingin membuka jualan anak ayam mini cochin sepasang RM30 sahaja untuk anak umur 1-2 minggu. Untuk umur 2 bulan keatas harga sepasang rm90 sahaja. Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan anak ayam mini cochin ni boleh hubungi kami di afiqagrofarm. Sekian harap maklum.





Itik Angsa Kelabu Dan Putih

Salam kepada semua penternak...


Kini, afiqagrofarm sudah menambah koleksi angsa.. Sebelum ini, afiqagrofarm hanya mempunyai sepasang angsa kelabu, tetapi kini angsa di afiqagrofarm sudah mempunyai 4 ekor angsa kelabu dan 3 ekor angsa putih. Selain dari angsa, afiqagrofarm juga ada mempunyai itik moscovy yang dijadikan baka untuk menghasilkan telor. Bila angsa dan itik dah mula bertelor nanti, insyaallah kami akan menjual anak-anak angsa dan itik tersebut. Disini kami sertakan gambar angsa kelabu sahaja dahulu kerana angsa putih tak sempat lagi ambil gambar.





Thursday, 12 April 2012

Anak Ayam Kampung

Salam,,

Dah lama tak kemaskini blog tapi bila dah dapat kemaskini sekali, macam-macam pula hendak ditulis. Sekarang nak bercerita tengtang ayam kampung pula. Hari demi hari, kini ayam kampung di afiqagrofarm kian bertambah. Ada juga anak ayam yang ditetas dijual kepada rakan-rakan ternak yang memerlukan. Agak banyak juga anak ayam kampung yang telah terjual. Ada rakan ternak dari Bangi, Putrajaya, Muar, Batu pahat, Guar cempedak, Yan dan lain-lain tempat yang membeli anak ayam kampung dari afiqagrofarm dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Ramai juga pelanggan-pelanggan kami yang berkunjung ke farm kami ni dan mengatakan ayam kami ni semuanya besar-besar dan sesuai dijadikan baka. Oleh sebab itulah meraka membeli kerana berpuas hati dengan baka yang ada. Boleh dikatakan setiap minggu anak ayam kampung di farm terjual dan ada kalanya kami tak sempat untuk menghasilkan anak ayam kerana permintaan bagi anak ayam kampung ni memang memberangsangkan. Oleh itu, ia memberi suntikan semangat kepada kami untuk terus mengorak langkah demi menghasilkan anak ayam kampung yang berkualiti dengan lebih banyak. Insyaallah dengan izin Allah.

.
Jika ada diantara pembaca yang ingin mendapatkan bekalan anak ayam, itik, puyuh bolehla berkunjung ke farm kami sendiri dan boleh juga menghubungi kami. Dulu, menternak ayam ni hanya sekadar hobi, tetapi sekarang dengan menternak juga dapat menambahkan pendapatan keluarga. Aifqagrofarm juga bercadang untuk memperbesarkan reban sedia ada dan bercadang untuk membuka pets shop dalam masa terdekat. Jika ada pembaca yang hendak memberikan cadangan tempat yang sesuai untuk pets shop sangat-sangat dialukan.

Disini kami akan sertakan gambar-gambar ayam kampung kami untuk santapan rakan ternak yang lain.


Induk dalam sarang
Anak umur 1-7 hari + anak puyuh
Anak umur seminggu kebawah
Anak umur seminggu kebawah
Ni penjantan,,Garang
Anak umur 1 bulan
Anak umur 1 bulan
Anak umur 1 bulan
Anak umur 1 bulan
Anak seminggu
Anak umur 1-7 hari
Ayam dara makan petang
Ayam Balik reban
Ayam Balik reban
Ayam Balik reban
Bermain sekitar reban

Wednesday, 11 April 2012

Ayam Piru...Turki

Salam..

Sekarang banyak juga baka-baka unggas dibawa masuk ke afiqagrofarm untuk dijadikan baka. Kini, ayam piru pula dibawa masuk. Kami juga ada menjual ayam piru untuk dijadikan hidangan ataupun untuk di ternak. Kepasa sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya bolehla hubungi kami. Harga sekilo hanya RM20 sahaja.

Disertakan gambar ayam piru:


Anak Itik Telor

Salam semua,,,

Selain dari anak puyuh putih, kini afiqagrofarm juga ada menjual dan membekalkan anak itik telor kepada penternak-penternak yang ingin mendapatkan bekalan anak itik telor. Kami dapat mengeluarkan anak itik telor pada kuantiti 700 ++ ekor pada suatu masa. Harga anak itik telor kami adalah seperti berikut:


  1. Anak umur 1 minggu kebawah: RM3.00 untuk 100 ekor kebawah.
  2. Anak umur 1 minggu kebawah RM2.90 untuk 200 ekor.
  3. Anak umur 1 minggu kebawah rm2.80 untuk 300 ekor ++.  
Kami pasti anak itik yang dikeluarkan dari inkubator kami berkualiti. Anda boleh datang ke farm kami sendiri dan boleh memilih yang mana anda suka yang penting puas hati. Lagi 5 hari anak itik telor dijangka akan menetas sebanyak 280 ekor. Jadi kepada sesiapa yang nak bolehlah hubungi kami untuk berbincang,

Disertakan gambar anak itik telor yang comel-comel. 







Anak Puyuh Putih

Salam semua,

Kini afiqagrrofarm buka jualan anak puyuh putih. Kepada penternak yang ingin mendapatkan anak puyuh putih, afiqagrofarm sedia membekal pada kuantiti sikit atau pon banyak.
Senarai harga anak puyuh putih mengikut umur:


  1. Umur 2-7 hari: RM1.00 per ekor
  2. Umur 8-14 hari: RM2.00 per ekor
  3. Umur 3 minggu: RM3.00 per ekor.
Harga akan berkurangan mengikut kuantiti yang dikehendaki. Jadi hubungi kami di 0125399672 untuk mendapatkan bekalan anak puyuh putih. Disini kami sertakan gambar anak puyuh putih dan juga induk puyuh tersebut.


Anak Puyuh Putih Umur melebihi 7 hari
Induk Puyuh Putih



Lagi gambar Induk




Anak umur bawah satu minggu....



Anak umur 2 minggu
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Muslimin yang dirahmati Allah, Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wassalam “Kata Siti Aisyah, wahai Mauwiyah ibn Abu Sufiyan, tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat yang keluar dari mulut Nabi Muhammad S.A.W” Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut “Carilah keredhaan Allah walaupun mendapat kemurkaan manusia kerana apabila kamu diredhai oleh Allah nescaya Allah memelihara kamu. Janganlah mencari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah nescaya Allah tidak bersama dengan kamu”. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)