Sunday, 4 November 2012

Anak Ayam Selasih Berbulu Putih Untuk Dijual

Salam Semua,


Anak ayam selasih berbulu putih daging hitam untuk dijual.. Stok tak banyak, ada 4 ekor sahaja. Umur anak dalam lingkungan satu bulan.. Kepada sesiapa yang berminat boleh terus hubungi kami..Sementara stok masih ada.. Disertakan gambar anak untuk tatapan.. Untuk anak ayam selasih ni kami tak buat penghantaran sebab ada empat ekor ja..Pengambilan sendiri, harap maklum....





Kisah Reban..

Salam..

Saja post kali ini nak bagitau, reban di afiqagrofarm dah siap sepenuhnya.. Alhamdulillah, cuti 2 hari sempat jugak siap kan reban yang tak siap hari tu. Reban yang kat depan tu nampak lebih mantap sebab guna bata dan besi mata punai, untuk ayam-ayam exotic seperti ayam polish, ayam mini cochin, ayam serama, ayam batang kaki, ayam piru red bourbon...Lepas tu hari sabtu dan hari ni, sempat siap kan rebat untuk anak ayam, anak itik dan juga ayam mutiara. Agak luas la untuk reban anak-anak ni. Tapi yang kali ni reban guna pukat ja,,untuk kurangkan kos. Insyaallah kalau ada rezeki lebih lagi, afiqagrofarm nak bina lagi satu reban..Maklumla,, penghuni reban semakin hari semakin bertambah dan semakin besar.. Hari sabtu lepas ada la orang mai beli anak ayam kampung...Kami sertakan beberapa keping gambar reban yang berjaya disiapkan pada hari sabtu dan ahad (hari ini) untuk dikongsikan sebagai tatapan semua. Terima kasih kepada anda yang sudi view page kami... Dengan segala hormatnya,, kami nak jemput anda semua untuk "LIKE" page facebook kami aiitu afiqagrofarm........


Reban yang tak seberapa, tapi syukur berjaya disiapkan dengan hasil usaha dan kudrat sendiri..





Wednesday, 31 October 2012

Induk Ayam Baka Batang Kaki Untuk Dijual

Salam Semua.

Afiqagrofarm buka jualan untuk induk ayam batang kaki seekor jantan dan 3 ekor betina dengan harga RM800. Harga masih boleh dirunding. Untuk kepuasa, mai tengok dulu ayam kat afiqgrofarm. Dah puas hati boleh angkat bawak balik. Sambil-sambil tu boleh la melawat farm afiqagrofarm. Gambar induk ayam yang nak jual tu ada kat bawah post yang sebelum ni. Untuk Pertanyaan, jangan malu jangan segan untuk hubungi kami. Boleh direct hubungi kami di 0125399672.
Hubungi kami di 0125399672 atau tinggalkan
email anda ke alamat email kami di
afiqagrofarm@gmail.com. Sementara stok masih
ada lagi ni.Cepat-cepat la ya.. Harga untuk
semua ni RM800 sahaja..Harga boleh
kira pecara lagi nia ya. Bukan harga mati..
Hubungi kami terlebih dahulu sebelum nak mai
ok...

Monday, 29 October 2012

Induk Di Afiqagrofarm

Salam kepada semua....

Alhamdulillah selamat lah sudah umat islam menyambut hari raya aidiladha, masing-masing sibuk menjalankan ibadah korban.

Post kali ini, kami di afiqagrofram hanya untuk berkongsi Induk-induk unggas yang terdapat di afiqagrofarm. Semakin hari semakin bertambah unggas-unggas di afiqagrofarm, ada induk-induk lama yang terus menambah generasi baru dengan menghasilkan telor-telor yang begitu banyak. Selain dari induk yang sedia ada, afiqagrofarm juga ada membeli induk atau anak dari baka yang baru dan yang lebih berkualiti bagi terus membiak baka-baka yang terdapat di afiqagrofarm. Dengan berkat usaha dan kesabaran kami, afiqagrofarm sudah semakin melangkah kehadapan, sedar tak sedar, kini afiqagrofarm sudah hampir satu tahun lebih berkecimpung dalam dunia penternakan yang bermula dari membiak ayam kampung asli sahaja, sehingga sekarang sudah melebihi 10 jenis unggas berjaya dibiak kan. Dan sekarang, ayam-ayam yang terdapat di afiqagrofarm sedang galak menghasilkan telor. Alhamdulillah Syukur. Disini kami sertakan beberapa gambar baka-baka atau anak unggas yang terdapat di afiqagrofarm.


Anak ayam mutiara/api-api


 Induk Ayam mini Cochin

 Induk Ayam Serama A
 Anak ayam Serama A
 Induk Ayam Batang Kaki








 Anak Ayam Piru Red Burbon


 Induk Ayam Polish

 Induk ayam mutiara biasa dan lavender

 Induk Itik moscovy, ayam selasih, itik telor


 Ayam Hutan Original

Tuesday, 2 October 2012

Reban Angsa

Salam,,

Update terkini berkenaan reban angsa. Minggu lepas afiqagrofarm berjaya menyiapkan reban untuk angsa. Cukup untuk sekadar angsa berteduh dari hujan dan panas selain tempat berteduh untuk bertelor. Keluasan reban tidaklah begitu luas. Bertentangan reban terdapat sebuah kolam untuk induk-induk angsa bersantai dan berendam. Petua dari orang-orang tua, kolam perlu disediakan untuk angsa mengawan. Sekarang, angsa di afiqagrofarm sedang bertelor. Harap-harap semua telor yang dihasilkan dapat mengeluarkan anak dan semoga bertambah-tambah kawanan angsa di afiqagrfarm ini. Disini, kami sertakan gambar sekitar reban angsa yang telah berjaya disiapkan dalam tempoh kurang dari satu hari. Gambaran sebenar dipersekitaran kawasan reban angsa.





Tuesday, 25 September 2012

Reban Baru,,

Alhamdulillah Syukur Kepada Yang Maha Kuasa...

Dengan limpah kurniaNya, kini afiqagrofarm dapat membina reban baru dengan penambahbaikan sistem reban yang lebih teratur dan tersusun. Dengan rezeki yang diberikan, kini kami di afiqagrofarm dapat menambah ruang reban kami. Afiqagrofarm semakin mengorak langkah untuk bertambah maju dalam dunia penternakan. Usaha-usaha pembinaan reban baru di lakukan sendiri oleh bapa penternak dan penternak sendiri. Dengan duit hasil jualan ayam ini lah kami di afiqagrofarm dapat membesarkan lagi reban kami. Dengan kemahiran yang ada tak seberapa ini lah kami membina reban, syukur akhirnya dapat siapkan 3 biji reban. Lagi satu reban masih dalam proses pembinaan. Kami sertakan gambar reban untuk di kongsi bersama penternak-perternak lain. 

Kepada penternak-perternak yang mahu berkongsi pengalaman dan juga kemahiran boleh la berkunjung ke reban kami, kami sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kepada pembeli yang mahu mendapatkan bekalan ayam juga boleh terus hubungi kami. 

Jutaan terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong afiqagrofarm sehingga sekarang. Sokongan anda terus dialu-alukan.


Reban yang menempatkan ayam piru dan juga ayam mutiara biasa serta ayam mutiara lavender..

Reban yang menempatkan ayam mini cochin, ayam serama, ayam selasih putih, 
merpati, ayam piru coklat dan ayam hutan.


Reban ke empat yang masih dalam pembinaan untuk menempatkan ayam bantam, anak ayam kampung, ayam mutiara, burung buggie dan anak ayam lain yang bakal di tetas di afiqagrofarm.


Kami akan update perkembangan semasa aktiviti di afiqagrofarm untuk tatapan bersama.

Tuesday, 18 September 2012

Anak Ayam Polish Poland untuk dijual

Salam,,


Anak ayam polish Poland berumur antara 2-4 bulan untuk dijual. Ada beberapa pasang sahaja. Harga untuk sepasang hanya RM160. Penghantaran sedia diuruskan untuk seluruh semenanjung malaysia. Kepada sesiapa yang berminat boleh la menghubungi kami di talian 0125399672. Disertakan gambar anak ayam polish poland. Ayam sangat cantik dan sihat.






Sunday, 2 September 2012

Anak Ayam Bantam Silver (SOLD)

Salam Semua,

3 ekor anak ayam bantam silver pure yang sihat untuk dijual.. Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi kami untuk mendapatkannya.. Hanya tinggal 3 ekor sahaja lagi..Anak ayam memang pure tak kacuk dengan mana-mana ayam lain. Warna bulu yang sangat tersusun dan cantik. Harga yang ditawarkan untuk 3 ekor hanya RM350 sahaja.. Penghantaran sedia dilalukan ke seluruh semenanjung malaysia.. Disertakan gambar anak ayam bantam silver dan juga anak ayam mini cochin..






Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Muslimin yang dirahmati Allah, Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilLah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" - "Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi... Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wassalam “Kata Siti Aisyah, wahai Mauwiyah ibn Abu Sufiyan, tiada nasihat yang lebih baik daripada nasihat yang keluar dari mulut Nabi Muhammad S.A.W” Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut “Carilah keredhaan Allah walaupun mendapat kemurkaan manusia kerana apabila kamu diredhai oleh Allah nescaya Allah memelihara kamu. Janganlah mencari keredhaan manusia sehingga mendapat kemurkaan Allah nescaya Allah tidak bersama dengan kamu”. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya" (Riwayat Tarmizi) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya" (Riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)